Tuesday, August 24

publisiti dalam Facebook

kalau korang pengguna facebook, mesti korang perasan benda nie..
apa yang aku nak cerita bukan sesuatu perkara yang buruk or something menyalahkan undang-undang..
saje untuk berkongsi pendapat dengan korang tentang trend pengguna facebook sekarang..
kalau korang bace dari tajuk yang aku tulis..
mesti korang boleh agak ape yang aku ingin ceritakan..
bagi yang masih blur lagi tue..bace la sampai abis yer..

Cara-cara untuk mendapat publisiti di dalam Facebook..

1. tulis status (statement) tentang :
a) hidup anda (tempat anda berada/apa yang sedang lakukan).
contoh :'aku sedang makan'
b) kata-kata hikmah/indah. contoh : 'aku cinta dia'
c) perasaan anda. contoh : 'boringnya..' @ 'geramnye aku'

2. sharing is caring.
Segala ape yang kite lakukan,tengok atau baca mesti kena 'share' kat Facebook.
Betoi tak?Sekarang nie sudah menjadi trend. Dengan cara nie orang akan memberikan
komen yang berlipat2 gande. Kemahirannya senang sahaja,bahan yang hendak di'share'
mestilah menarik,kelakar,menyentuh hati atau bahan yang best untuk dibincangkan.

3. Tagging
'Tagging' kat sini tertumpu kepada 'tag' pada gambar. Kalau korang nak tahu,
gambar yang di'tag' jugak adalah satu cara untuk mendapatkan publisiti. Tak kisah
gambar tersebut tidak dikomen, 'like' pada gambar sudah mencukupi. Malah, ade
beberape peniaga atau organisasi di dalam Facebook nie mengambil kesempatan dengan
menganjur 'contest' seperti 'contest' gambar 'like' paling banyak. Dengan cara
ini, sesuatu peniaga atau organisasi tersebut boleh menjadi popular kerana peserta
yang memasuki 'contest' tersebut haruslah memancing undi dengan meminta rakan2
mereka untuk 'add' peniaga atau organisasi tersebut dahulu dan barulah boleh
'like' pada gambar mereka. Namun begitu, 'tagging' ini ada baik dan buruknya.
Keburukan 'tagging' nie ialah apabila gambar yang di'tag' adalah gambar yang tidak
dapat izin daripada pemiliknya dan gambar tersebut berkemungkinan gambar yang
memalukan.


mm..banyak lagi cara untuk mendapat publisiti kat Facebook nie..
di atas ini cume yang terlintas di fikiran aku sahaja..
kalau tak setuju atau ada pendapat kkorang yang tersendiri..
boleh lah komen kat bawah nie yer..huhu..

No comments:

Post a Comment