Thursday, October 28

Lirik Lagu Sempurna

lagu yang aku sangat suka iaitu lagu Sempurna..
dinyanyikan oleh Andra and The Backbone..
dan dinyanyikan semula oleh Gita Gutawa untuk filem Cinta versi Indonesia iaitu Love..
lagu nie kalau aku dengar mesti layan punye la..
sebab lagu nie ade kena-mengena dengan aku..
so aku nak kongsi dengan korang lagu yang amat2 menyentuh jiwa aku..
dengar dan hayati lah..huhu..

Lirik Lagu Sempurna

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan slalu memujamu
Di setiap langkahku
Ku kan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cintamu

*Janganlah kau tinggalkan diriku
Tak kan mampu menghadapi semua,
hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku, lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu,

sempurna....

Kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikan kata yang hapus semua sesalku
(*)




Sempurna-Andra And The Backbone

{Lama}Ku Sering Lupa




Fikiranku tidak sekuat yang kusangka. Yang boleh mengingati segala masalah dan segala perkara. Lupa itulah masalahku. Yang sering terjadi padaku. Sedangkan remeh seringku lupa inikan pula perkara yang lebih merumitkan. Hari ini ku anggap seperti hari yang paling malang pada diriku. Kerna ku sering lupa akan tindakan ku. Menjadikan aku malu berdepan dengan semua orang. Kadang-kadang seringku katakan pada diriku ini. Apa sudah jadi pada diriku? Sering lupa tentang perkara remeh. Bukannya sekali ku lupa namun berulang kali tanpa aku sedari. Mungkin ku terlalu gopoh tentang perkara yang ku perlu perbuat secepat mungkin. Tanpa mengingat untuk lakukan perkara yang harus aku lakukan. Adakah sesiapa boleh menyelesaikan masalahku? Semoga ku tidak sering terlupa.

p/s:dari blog aku yang lama..

{Lama}Bergembira Pengubat Duka




Kadang kala hidup ini penuh dengan kehampaan dan sering kali kita terluka. Sampaikan kita tidak sedar air mata dengan sendirinya menitis. Perasaan yang lama terpendam sudah tidak mampu menahan keperitan yang kita alami. Pahit dan getir hidup ini hanya kita yang tahu walaupun di bibir hanya mampu tersenyum tetapi hati dan jiwa yang menampung segala keperitan bagaikan bergelora dan tunggu masanya untuk meletus. Namun hidup harus diteruskan walau apa pun terjadi. Gelak dan tawa kadang-kadang boleh jadi pengubat bagi semua itu. Bergembiralah sepuas hati untuk kita tidak terlalu tertekan dengan masalah yang kita hadapi. Moga kegembiraan yang kita alami tidak menambahkan beban yang terpikul di bahu kita. Namun kegembiraan haruslah berbatas dan tidaklah kita lupa dan alpa dengan apa yang harus kita lakukan dalam hidup. Kita juga haruslah tidak terlalu terleka dengan gurauan yang kita lakukan sehinggakan kita terlupa orang lain juga mempunyai perasaan. Hati dan perasaan seseorang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Hanya mampu disentuh apabila kita melukainya.





p/s:dari blog aku yang lama..

Tuesday, October 26

Jangan Pernah Berharap!!

pesan aku pada diriku..
nukilan semata-mata..
beri komen sikit..huhu..



JANGAN PERNAH BERHARAP

Jangan pernah berharap,
Kerna ku takut kan timbul masalah,
Perit rasa bila cinta tak berbalas,
Jika cinta bayangan semata-mata.

Jangan pernah berharap,
Mungkin dia hanya bersendiwara,
Ku tidak mahu lemas dalam cinta,
Cinta yang tidak bernyawa.

Jangan pernah berharap,
Kerna cinta itu buta,
Akan ku nampak indah semua,
Walau itu hanya palsu belaka.

Jangan pernah berharap,
Kerna takut orang kata ku gila,
Harap cinta pada si dia,
Hati terkorban jiwa merana.

Sunday, October 24

Cantek ke??

menyaksikan blog aku yang agak kelam..
aku ambik keputusan untuk tukar design blog aku..
tapi aku mengalami kesukaran nak tukar design blog aku..
kalau sesiape yang boleh ajar aku..silakan..
sekarang nie, nie jek termampu..
ape pendapat korang..ok tak??

p/s:need someone to teach me!!

Tuesday, October 19

Selamat Hari Jadi Isda Iskandar!!

aik..dah 20 tahun rupenye aku nie..haha..
walaupun hari berjalan begitu pantas..
aku ingat hari ini sampai bile2..
sebabnye tahun nie adalah tahun last aku sambut hari jadi dengan kawan2 poli..
tak de lah meriah mane pown..
tapi yang penting mereka semua tahu yang hari jadi aku hari nie..
walaupun tahu dari fb..huhu..
bergune jugak fb nie yer..
maybe tahun lepas agak mengecewakan untuk aku..
tak de sesiape nak wish birthday kat aku..sedih giler..=(
mungkin bagi korang birthday tue biase aje..
tapi bagi aku ucapan 'selamat hari lahir' tue atau yang sama maksud dengannya adalah menunjukkan orang yang kita ucapkan tue orang yang kita hargai dan sedari tentang kewujudan die..
bahase lain..die tahu kite hargai die lar..
mm..cukup2 la cite pasal bende yang da lepas2 kan..
yang penting sekarang nie aku tengah layan dengan keadaan jadi 'birthday boy' nie..huhu..
last..nak nyanyi lar lagu happy birthday untuk diri sendiri..huhu..
layan jek..

SELAMAT HARI JADI,
SELAMAT HARI JADI,
SELAMAT HARI JADI ISKANDAR,
SELAMAT HARI JADI..=P

ALLAH SELAMATKAN KAMU,
ALLAH SELAMATKAN KAMU,
ALLAH SELAMATKAN ISKANDAR,
ALLAH SELAMATKAN KAMU..AMIN..


sedapnye kalau dapat kek macam nie..huhu..


p/s:syok giler bile bukak fb..lbih 50 kawan ngan saudara wish birthday kat aku..bes giler lar..touching pown ade gak..huhu..kalau mereka semua bace blog nie..aku nak cakap..'nak hadiah!!!'..huhu