Wednesday, April 28

Teater Natrah - Cinta dan Airmata


Poster NATRAH


salah satu dialog yang paling menyentuh perasaan aku..huhu..

"Andai aku mati hari ini,
Terpancarkah kebenarannya,
Bersinarkah maruah yang diperjuangkan selama ini.

Andai aku mati hari ini,
Masihkah aku Natrah di hati kalian,
Atau apa aku masih Maria Huberdina Hertogh.

Andai aku mati hari ini,
Sudahkah kalian mengenali diri aku,
Dan andai BENAR-BENAR aku mati hari ini,
MUNGKINKAH TALKIN MENGIRINGI PEMERGIANKU.."

-Sofia Jane


Maybe korang pernah tengok teater nie kan..
teater nie pernah tayang kat tv1 dulu semasa hari keputeraan Nabi Muhammad yang lepas..
yang tak pernah tengok tue..rugi w0o..
bagi yang jiwang macam aku nie..memang best la cerite-cerite macam nie..huhu..
teater nie mengenai cinta,pengorbanan dan airmata..
sebenarnya aku pun tak sempat nak tengok kat tv1 hari tue..
aku download dari internet..huhu..
teater Natrah ialah sejarah dan bukannya rekaan semata-mata..
korang boleh search kat internet kalau nak tahu mengenai Natrah nie..

Sinopsis Teater Natrah

Teater Natrah memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Heartogh atau Maria Huberdina Hertogh. Beliau adalah wanita keturunan Belanda yang dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.


Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.

Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura.

Monday, April 26

Lirik Lagu Pelita dari A.P.I

lagu pilihan pertama aku untuk blog nie..
aku baru jek dengar..
sekali dengar dah rase best..
lagunye PELITA dari A.P.I..
A.P.I,sebuah kumpulan terdiri dari Noh Hujan, Lan Typewritter, Din Homatov Estranged, Imran OBS, AJ Pop Shuvit dan loQue MonoloQue/Butterfingers.
lagu nie ialah lagu tema untuk filem Hooperz..
layan jek..huhu..

PELITA-A.P.I

Verse_1
Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
slama ini,
Verse_2
Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,
slagi hayat di kandung badan,
Korus:
Takkan ku menyerah kalah,
walau mimpi ku musnah,
harapan ku hancur,
sayapku patah,
kan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke srata dunia,
yang gelap gelita
sehingga hembusan nafas
yang terakhir.
Verse_3
tak pernah sesaat ku mencurigai,
apa yg telah aku kecapi,
stakat ini,
Verse_4
tiba saatnya kan ku tangisi,
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,
ulang Korus.
Bridge:
Slagi jasadku belum terkubur!
Slagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!
Ulang Korus x 2
Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,
Ke Srata Dunia,
Seperti Cahaya.

cuti = sengsara + best

salam semua yang sudi bace blog aku nie..
lame dah aku tak kongsi cerita aku kat blog nie..
bukan ape..kadang-kadang tue tak tau nak tulis ape..
macam aku tulis kat entri yang sebelum nie..
aku bukannye pandai sangat nak menulis nie..

so kat entri kali nie aku nak rangkumkan aktiviti yang aku buat selepas entri yang lepas..
mm..macam berita pulak..huhu..

hari-hari yang lepas macam biase la aku kerje..
isnin hingga jumaat..
penat la jugak..

mm..16 april lepas aku pegi CAMEROON HIGHLAND..
yang bestnye aku pegi malam lepas makan dekat GB(tempat yang aku cerita entri yang lepas) dengan kawan aku..
kami gerak dalam pukul 11.00malam..
sebenarnya tak rancang pun nak pegi sane..
malam tue kami tak tau nak buat ape..
saje nak ronda-ronda kat ipoh..
tiba-tiba ade pulak kawan aku 'petik' nak pegi cameroon highland..
yang semua tak pikir panjang..ikut je lar..
yang lawaknye..kami pegi tanpe bawak ape-ape..
bukan baju seluar jek tak bawak..
minyak 'spare' pun tak ingat nak beli..
sebab terlampau 'confident' yang stesyen minyak still bukak kat atas nanti..
itu yang jadi ami menyesal bile dah sampai sane..
semua pakat merungut..keluarlah ayat 'KENAPA'..
contoh..'kenape la aku ikut tadi?? kenape la tak bawak minyak spare tadi??'
huhu..
disebabkan ke'confident'an kami..
terpakse la kami tido kat masjid..
dengan hujan pulak tue..
bertambah sengsara la kami kat sane..
semua tak boleh nak lena sebab tak selesa..
kalau korang boleh bayangkan..
waa..memang sengsara..


tempat kami bermastautin..huhu


sebenarnya esoknye aku ade Hari Keluarge JMG(tempat aku practical) kat Malim Nawar..
dan kawan-kawan aku pulak esoknye kerje..
mm..bertambah-tambah la penyesalan kami pegi ke cameroon tue..
esok paginye kene pulak tunggu stesyen minyak bukak..
dalam pukul 7.30pagi baru boleh gerak balik..
walaupun kerisauan masih lagi menyelubungi dalam kotak pemikiran aku nie..
huhu..
jenuh jugak aku nak pikir alasan terbaik untuk aku beritahu pada kawan sekerje aku sebab kelewatan aku pegi ke hari keluarge..
aku tak boleh nak ponteng pegi ke Malim Nawar tue sebab aku dilantik sebagai AJK Sukan hari keluarge tue..
tapi dalam kerisauan aku tue..
sempat jugak aku dan kawan-kawan aku bergambar dalam perjalanan balik tue..
huhu..







Monday, April 12

janji ditunaikan

SEMALAM best gler lepak..
sampe lupe nak balik..
letih punyer pasal aku tido smpe tgahari..
huhu..

hari nie aku kena tunaikan janji aku kat epol..
sebenarnye epol baru jek lepas operation tengkok..
tulang tengkok die patah semasa die maen ragbi..
mase die kat wad aku janji kat epol yang aku nak blanje die KFC klu die cpat sembuh..


Syarifulhasan @ Epol: 2 jam selepas operation..siann..


so hari nie la harinye..
memandangkan epi ade sekali..
aku ajak la due-due skali pegi makan KFC kat JJ..


Jaya Jusco,Ipoh @ JJ


kami pegi dalam kul 2.30ptg..
sampe2 kat JJ tue kami jalan-jalan cuci mate wlaupun perut tgah lapo..
huhu..
dalam satu jam jugak la kami jalan-jalan..
lepas tue baru kami pegi makan..

nak jadikan cerita..
aku nak ajak epol makan KFC..
tp epi pulak buat hal nak makan burger MCD plak..
hmm..


Nak pilih mane satu nie??!!


Last2..aku buat kputusan suruh epi beli burger kat MCD..
pastu makan kat KFC..
aku ngan epol order KFC aje..


KFC + MCD = kenyang!!


sambil makan tue sempat jugak kami bergambar..
huhu..


aku dan epol tengah kusyuk makan..



KENYANG!!posing kejap..huhu


lepas dah kenyang tue kami lepak kat atas bumbung JJ..
ape lagi bergambar la..huhu..
tp xbanyak sangat kami tangkap gambar..
due tige camtue jek..
coz cuaca panas sangat..





setengah jam jugak lepak kat atas tue..
sampe terbakar kulit..

dalam pukul 6 camtue kami gerak balik..
sebelum tue kami sempat pegi timbang berat..
sanggup pegi beli air untuk dapatkan 20sen..huhu..
resultnye..


cube teka berat aku yang mane satu??


tp epol xpuas hati ngan berat die..
die cakap penimbang tue tipu..
hmm..entah la..

dalam pukul 7 epi nak gerak balik lenggong dah..
sempat jgak bersalaman kami bertiga..
xtau la bile lagi nak jumpe..
sem depan kot..

Sunday, April 11

kawan macam adek beradek

hari nie aku macam biase lar..
aktiviti yang aku paling suke buat..
iaitu TIDO!!
huhu..

hari nie jugak aku jumpe membe2 aku..
best jugak lar..
coz lame xjumpe kan..
sejak kami prac nie..
sorang tue kadang2 jek dapat turun Ipoh..
die prac kat Lenggong..
name die Muhammad Khuzaifi b Wahab..
sorang lagi nie prac kat ipoh jek..
tp kami jarang jumpe sebab sibuk ngan keje..
name die Syarifulhasan b Hashifudin..
kami nie rapat gler..
dah anggap macam adek beradek da..
coz kat p0li kami selalo bertiga..


gambar semasa makan malam POLIBRIGED
dari kiri: Khuzaifi @ Epi(achik),Syarifulhasan @ Epol(Along) dan aku (Angah)


mlm tue kami lepak kat GB @ gelas besar..
kat area ipoh nie gak la..
depan Greentown Mall ipoh..
maybe korang xtau kan..huhu..
sebab org selalo panggil tempat tue HB road..

lepas tue kami pegi gerbang malam..
saje jalan-jalan..
sambil tue teman epi beli barang..


Gerbang Malam,Ipoh


Last..kami lepak Pesanjung dekat MBI..
minum NESLO sat..
huhu..
sembang2 sampe lupe nk balik..=p
best giler lar..
skali skala dapat lepak camnie..

p/s: dalam entri nie aku cerite yang aku study kat poli iaitu Politeknik Ungku Omar..
aku skrg nie tengah prac..
n aku ambil kos DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK(KOMPUTER)..
sikit2 aku akan cerite pasal diri aku..
coz biar korang rajin bace entri aku yang seterusnye..huhu..
mm..sori la ayat2 aku buat korang bosan nak bace..
still tengah blaja lagi..huhu

Saturday, April 10

jenuh pikir

BORING!! BORING!! BORING!!
ape nak buat nie..
hari-hari bukak laptop jek mesti bukak myspace atau fabebook..
dah xtau nak buat ape dah..
mcm dah set dlm kepala otak nie..
kalau ade orang nak msj xpe gak..
maybe xde la aku boring camnie..

mm..
maybe itu salah satu sebab wujudnye blog nie..
aku lame dah pikir nak blog mcm nie..
pastu tengok pulak kawan-kawan sume dah ade blog..
AKU POWN NAK JUGAK!!
huhu..

SEBELUM TUE!!
korang mesti terpikir knape la aku pilih tajuk blog nie AKU JIWANG KARAT..
first,
tujuan aku buat blog nie..
sebenarnye..
nak kongsi luahan perasaan aku..huhu..
kongsi lagu yang aku minat..
movie yang aku tengok..
mcm2 la tentang aku n maybe lain2..
selain menghilangkan rasa boring aku..hmm..
jenuh jugak la nak pikir tajuk dier..
nak pilih tajuk mesti n terbaik..
mcm trademake aril af7 tue..
"TERBAIK WOK"..
huhu..


masa : 2.45 pagi
tarikh : 10 April 2010
mood : happy

p/s: susah gak yer nak buat blog nie..
nak pikir ayat lagi..
aku nie bukan hebat sangat menulis2 nie..
mm..cube la gak..=]