Wednesday, April 28

Teater Natrah - Cinta dan Airmata


Poster NATRAH


salah satu dialog yang paling menyentuh perasaan aku..huhu..

"Andai aku mati hari ini,
Terpancarkah kebenarannya,
Bersinarkah maruah yang diperjuangkan selama ini.

Andai aku mati hari ini,
Masihkah aku Natrah di hati kalian,
Atau apa aku masih Maria Huberdina Hertogh.

Andai aku mati hari ini,
Sudahkah kalian mengenali diri aku,
Dan andai BENAR-BENAR aku mati hari ini,
MUNGKINKAH TALKIN MENGIRINGI PEMERGIANKU.."

-Sofia Jane


Maybe korang pernah tengok teater nie kan..
teater nie pernah tayang kat tv1 dulu semasa hari keputeraan Nabi Muhammad yang lepas..
yang tak pernah tengok tue..rugi w0o..
bagi yang jiwang macam aku nie..memang best la cerite-cerite macam nie..huhu..
teater nie mengenai cinta,pengorbanan dan airmata..
sebenarnya aku pun tak sempat nak tengok kat tv1 hari tue..
aku download dari internet..huhu..
teater Natrah ialah sejarah dan bukannya rekaan semata-mata..
korang boleh search kat internet kalau nak tahu mengenai Natrah nie..

Sinopsis Teater Natrah

Teater Natrah memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Heartogh atau Maria Huberdina Hertogh. Beliau adalah wanita keturunan Belanda yang dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.


Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.

Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura.

No comments:

Post a Comment