Sunday, June 12

sweet memory @ PUO

salam.

lama jugak tak update blog nie. dah bersawang agaknya blog aku ni. haha. actually banyak benda dah aku buat dan banyak tempat jugak dah aku pergi selama berbulan2 ni. nanti aku akan rungkaikan sedikit demi sedikit kat entri kali ni. so kena baca sampai habis la kalau nak tahu. haha.

ok. sebelum tu aku nak bagitau yang aku baru sahaja selesai pengajian aku selama 3 tahun kat Politeknik Ungku Omar(PUO) dalam kos Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer). rasa macam tak percaya yang aku dah habis belajar kat poli. tapi sebenarnya masa belajar aku masih panjang lagi sebab aku sekarang ni sedang menunggu keputusan permohonan aku untuk sambung degree. aku berharap sangat dapat sambung degree sebab aku tak bersedia lagi nak bekerja. tak seperti kawan2 aku yang lain. semuanya sudah surrender nak sambung belajar balik. tapi aku tak. mintak2 semangat aku nak sambung belajar ni tak luntur sampai aku habis degree nanti. InsyaAllah. huhu.=)

orait. kat mana kita tadi? haha. ok2 dah tahu dah. korang mesti nak tahu kan apa yang aku buat selama aku menghilang berbulan2 ni. yeke? haha. actually time aku semester akhir kat politeknik tak ada apa yang aku buat selain tidur, makan, belajar. haha. tapi diakhir2 waktu kelas yang terakhir, terasa jugak sebenarnya sebab kena tinggalkan kawan2 yang selama ni sama2 belajar, sama2 buat assignment, sama2 meniru. haha. selain nak kena tinggalkan politeknik. agaknya. haha. tak lupa jugak, aku kena tinggalkan lecturer2 yang banyak berjasa kepada aku. setinggi penghargaan aku ucapkan kepada anda semua kerana sudi mengajar aku. thanks alot. =)

semasa aku semester akhir, aku ada join satu kelab ni kat PUO. kelab Pembimbing Rakan Siswa Politeknik ataupun PRSP. actually aku tak terpikir pun nak join kelab ni. ini disebabkan kawan aku invite aku so aku join je la. kelab ni antara kelab yang paling active kat poli aku berbanding kelab2 yang lain. tu best tu. bila dah active so banyak la aktiviti nye. aku enjoy jugak la join kelab ni. tak sia2 aku masuk. huhu . semasa aku jadi ahli kelab PRSP, banyak jugak aku join aktiviti kelab ni. antaranya jadi urusetia ceramah, Kem Siswa Cemerlang kat Kem Tok Sakah, hari keluarga di Kedah, BBQ Nite dan macam2 lagi. ni antara aktiviti yang aku lakukan semasa aku masih belajar kat PUO. sebenarnya lepas aku habis poli pun, aku masih lagi join aktiviti PRSP. selagi tarikh kat kad matrik aku yang bertarikh JUN 2011 tak luput lagi, aku still boleh join aktiviti2 yang dianjurkan oleh PRSP. huhu. kat bawah ni antara gambar2 aktiviti yang aku join di semester akhir aku kat PUO termasuk makan malam pra graduan aku. ok. layan jer. haha.

Kem Siswa Cemerlang Sesi III





nak upload banyak2 malas pulak aku. korang boleh tengok gambar lagi kat SINI.

Makan Malam Pra Graduan Jabatan Elektrik







dan banyak lagi di SINI.

Kem PERMAP dan Hari Keluarga di Kedah







gambar ni banyak sangat. tak tahu nak upload yang mana satu. korang boleh tengok kat SINI dan kat SINI jugak.=)

PRSPUO@BBQ Nite







dan banyak lagi di SINI.

amacam? banyak tak aktiviti aku time semester akhir kat poli. haha. tu pasal result aku jatuh. oppss. haha. tak ade lah. sebenarnya ada banyak lagi aktiviti yang aku join lepas habis exam macam rombongan ke Melaka, kem Bina Jati Diri kat Kem Tok Sakah dan perkampungan PRS kat UTM. korang boleh tengok gambar kat SINI. jangan tengok jek komen lah sekali. =)

itu jek untuk entri kali ni. jangan lupa tinggalkan komen yer. =)

p/s: aku baru sahaja upgrade blog aku ni. hope korang boleh bagi komen sebab aku masih lagi belajar dalam memantapkan lagi blog aku. harap korang boleh bagi komen yang membina.

4 comments:

  1. mesti rindu kan kat PRS nti....?hihihi

    ReplyDelete
  2. haha.tau xpe.menyesal join las sem.huhu.=)

    ReplyDelete
  3. itu le abg is.... ngape x join awai2..kita org pon dpt kenai korg last minit guk..hu3

    ReplyDelete
  4. owh,prs jgk ea..

    dlu tiap2 sem join..

    teringat lak kat tuan haji nadzri time tu..

    ReplyDelete