Sunday, July 3

berat beban ku

salam.

semalam bapak aku ade beritahu aku satu perkara yang agak penting. sebelum ni dia ada beritahu. cuma pada masa itu aku tidaklah ambil berat sangat. tapi sekarang aku rasa tibalah masa aku mengambil berat tentang apa yang bapak aku cakapkan sebab tak lama lagi aku sudah 21 tahun dan aku sudah dikira dewasa yang sudah boleh berfikir. betul tak?

bapak aku cakap yang aku ni adalah anak bongsu dalam adik-beradik aku, so akulah menjadi harapan mak bapak aku bila diorang tidak ada nanti sebab abang sulong aku meninggal dunia masa kecil dahulu. harapan yang bapak aku katakan adalah doa aku kepada diorang di dunia dan akhirat kelak. aku rasa seperti beban telah terpikul dekat bahu aku ini. persoalannya, mampukah aku memikul semua beban yang diberikan kepada aku? hopefully aku harapkan, satu masa nanti akan terbuka hati aku dan bersedia memikul semua beban itu dengan rela hati. InsyaAllah.

p/s: semoga mak bapak dan kakak aku selamat pergi balik dari mengerjakan umrah pada 4 Julai-14 Julai ni. Amin.
p/s/s: kalau abang sulong aku masih ada mesti lagi hensem dari aku kan. hmm. =)

No comments:

Post a Comment