Tuesday, August 2

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

salam.

semua sihat ke? lame tak update blog. agak busy jugak aku ni yer. haha. tak de lah. cume tak de ape yang aku kongsikan sebelum ni. tu pasal lame tak update tu.=)

entri kali ni aku nak kongsi sikit pasal puase bulan Ramadhan ni. korang puase tak hari ni? puase tau jangan tak puase pulak. haha. macam tok imam pulak aku ni. haha. sebelum aku kongsikan dengan korang bab2 puase ni, aku nak berpantun dulu. boleh? mm. tak boleh? kalau tak boleh korang tak payah bace blog aku ni. berambus kau! haha. tak de lah gurau jek.=)

pantun aku berbunyi macam ni..(ade bunyi ke? haha)

bulan Ramadhan kini menjelma,
puasa sebulan sudah lah pasti,
bukan sekejap bukannya lama,
harap diterima puasanya nanti.

amacam? ok tak. haha. biase jek. nak berpuasa ni,korang ingat lagi tak niat puase.kalau korang dah lupe, aku boleh tolong ingatkan. haha. kat bawah ni aku ingin kongsikan dengan korang niat puasa di bulan Ramadhan, niat puasa untuk sebulan dan doa untuk berbuka. diharap puase kita nanti diterima Allah s.w.t hendakNya. Amin.


Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى'

Ertinya : Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Doa Ketika Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.

Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.


Nah kad ucapan untuk korang ! haha.


p/s: di kesempatan ini, aku ingin ucapkan kepada semua, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. puase jangan tak puase yer. haha.

No comments:

Post a Comment