Saturday, July 6

Desak, Angau, Bisu - SAA

Seperti malam kala lampu di matikan, gelap..
Seperti di atas pentas , pancaran cahaya suluh ke arah mu, mula ku terpegun..
Lalu dengup jantungku, laju..
Tika dirimu berlalu di sisi ku..

Seperti pesalah di gawang keadilan, kaku..
Seperti mulutku terkunci, bisu..
Dialog, perlakuan semua tidak seirama,
Kalut semua jadinya.

Ingin ku cuba dekati mu,
Ingin ku cuba berbicara dengan mu,
Namun tiada bahasa,tiada cara untuk dimula.

Mahu ku berikan senyuman kala berjumpa
Namun seperti ku katakan,
Dialog, perlakuan semua tidak seirama,
Kalut semua jadinya.

Antara kamu dan aku, ditengahnya ada dinding yang tebal,
Pintunya yang ada, namun tidak mampu ku buka,
Hanya menunggu saat kamu keluar dari dinding itu,
Moga dapat ku lihat wajahmu,walau hanya dicelah saja.


Otak berfungsi untuk berfikir,
Berfikir untuk selesaikan masalah,
Namun otakku tidak lagi menjalankan tugasnya,
Kerna hari-hariku teringat akan dirimu.

Tiap hari, tiap masa,
Otak ku berfikir,sering berulang-ulang,sama saja,
Iaitu kufikirkan ‘adakah kamu juga rasa yang sama?’

Sering ku simpulkan tingkahmu,
Agar kurang beban terasa dihatiku,
Kerna jiwaku kuat menanggung perasaan ingin tahu.

Inginku akhirkan semua ini dengan noktahnya,
Biar lesap semua prasangkaku,
Akan ku tunggu, masa dan ketika,
Dirimu ku kenali walau hanya teman biasa.


Oleh Isda Iskandar;

No comments:

Post a Comment