Tuesday, June 14

komuniti puo bloggers

salam.

entri kali aku nak kongsi dengan korang mengenai projek terbaru aku dengan kawan2 aku iaitu 'Aisyah Roselan dan Nik Fatehah Ali. kami bertiga telah menubuhkan satu komuniti underground iaitu Komuniti PUO Bloggers yang tujuannya adalah untuk mengumpul seberapa banyak blogger2 yang ada di Politeknik Ungku Omar (PUO) tidak kiralah yang masih atau habis belajar (dalam erti kata lain alumni PUO). dengan usaha mengumpulkan blogger2 PUO, kami juga merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti untuk para blogger PUO bagi merapatkan hubungan antara ahli komuniti.

buat masa ini, kami hanya memulakan perancangan kami dengan membuat satu fanpage di facebook bagi mewar-warkan tentang penubuhan komuniti ini kepada pelajar PUO. tidak kisah korang ade blog atau tidak, korang masih boleh LIKE fanpage ni untuk memberi sokongan kepada kami atas usaha kami bagi menubuhkan komuniti ni.

seperti aku tulis kat atas ni, komuniti ni adalah komuniti underground. tidak ada pihak politeknik yang bertanggungjawab ke atas komuniti ni. so maybe komuniti ni agak slow pada mulanya. tapi jika ada sokongan yang mantap dari pelajar2 puo, mungkin satu hari nanti komuniti ni boleh berkembang dan aktif pada masa2 akan datang. jika korang terus menyokong kami dengan menyertai kami dalam segala aktiviti yang kami rancang kelak InsyaAllah kami akan berjaya. =)

mungkin korang tak nampak lagi apa kelebihan menyertai Komuniti PUO Bloggers ni kan? aku dah agak dah. haha. tak ape. buat masa ini, maybe korang fikirkan penubuhan komuniti ni adalah sesuatu yang sia2. betoi tak? haha. jawapannya tidak. kalau korang pergi dimana2 universiti pun kat Malaysia ni, korang boleh tengok yang diorang dah tubuh komuniti sebegini sudah lama. cuma dengan usaha kami untuk bawakan komuniti ni ke puo adalah untuk merancakkan lagi kegiatan pelajar puo itu sendiri. dari kita asyik ber'facebook' sahaja, baik kita ber'blog' pulak. betoi tak? haha. bagi yang tidak tahu ber'blog' atau nama lainnya blogging, maybe satu masa nanti kita boleh buka satu kelas untuk belajar buat blog. mana tahu kan. haha.=)

ok. agaknya sudah puas kot untuk aku jelaskan semua tentang projek terbaru aku ni. harap2 dengan sokongan korang, komuniti ni berkembang di masa2 akan datang.InsyaAllah.

sekian.

p/s:klik SINI untuk LIKE Komuniti PUO Bloggers .
p/s/s:thanks sebab sudi baca hujah2 aku yang panjang berjela2 ni. jangan lupe follow blog ni tau. =)


Logo Komuniti PUO Bloggers (buat masa ini)

4 comments:

  1. moge boleh diwar2kan lagi..

    biasalah,baru lg..t insyaALLAH,akan okay..

    ReplyDelete
  2. gempak gemburkan la lagiiiiii.. bia semua orang tau.. hehehe

    ReplyDelete